Sunday 1 April 2012

Kaedah Penyelesaian Masalah

MASALAH
  Sebagai hamba Allah manusia akan menghadapi masalah dalam berbagai bentuk dan rupa yang memerlukan penyelesaian. Masalah pula ada berbagai-bagai kategori seperti misteripuzzledilema dan peluang. Ada masalah boleh diselesaikan dengan menggunakan cara fikiran logik, ada yang memerlukan penyelesaian secara agama, ada yang memerlukan penyelesaian secara perasaan dan ada yang memerlukan penyelesaian secara kreatif. Sesuatu masalah jika tidak diselesaikan dan dibiarkan berlarutan akan menjadi satu isu yang lebih rumit untuk diselesaikan

SIFAT PENYELESAIAN MASALAH


4 ciri penting untuk menjadi penyelesaian masalah yang berkesan (Francis,1990)
  1. Motivasi yang kuat
    • mereka harus berkebolehan untuk mengatasi semua kesukaran.
    • mereka harus bersikap positif.
    • mereka seorang yang tidak mudah mengalah.
    • contohnya : Thomas Edison melakukan lebih daripada 9000 eksperimen untuk menyempurnakan dan memurnikan lampu mentol.
  2. Trait yang positif
    • mereka haruslah mempunyai emosi yang stabil.
    • mereka perlu menunjukan minat di dalam masalah yang menghalang mereka.
    • mereka mestilah cerdik, pintar dan tidak mudah gentar.
    • mereka juga perlu mempunyai kebolehan untuk terus berusaha dan tidak berasa jemu.
    • contohnya : polis London menemubual 154,000 orang sebelum dapat menyelesaikan satu kes pembunuhan dan akhirnya pembunuh itu dibawa kemuka pengadilan.
  3. Jati diri
    • mereka melihat dirinya sebagai seorang yang berkebolehan tetapi masih mempunyai kekurangan dan batasan yang dihadapi.
    • mereka mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi.
  4. Membina kemahiran
    • berkebolehan akan mengunakan berbagai-bagai teknik dan model
    • contoh medel penyelesaian maslah enam langkah (Chang dan Kelly, 1993)
        • kenal pasti masalah
        • analisa punca masalah
        • kenal pasti cara penyelesaian
        • pilih penyelesaian yang terbaik
        • bentuk plan tindakan
        • pelaksanaa dan penilaian
Kategori masalah
  1. Misteri
    • situasi yang menyeleweng daripada keadaan yang biasa berlaku.
  2. Tugasan (Assignment)
    • kerja yang ditugaskan untuk dilakukan oleh seseorang dengan jelas memperincikan kriteria-kriteria yang perlu dimasukkan berserta dengan objektif pencapaian ialah tugasan.
  3. Kesukaran (Diffuculties)
    • berlaku kerana dua sebab: samada kita tidak tahuuntuk menguruskan situasi atau kita rasakan sumber-sumber yang ada tidak mencukupi.
    • kesukaran dibahagikan kepada dua kategori 
      • subjektif
      • objektif
  4. Peluang (Opportunities)
    • peluang ialah ia akan membawa keuntungan.
    • kita harus mengambil setiap peluang yang ada untuk mendapat keuntungan.
  5. Tidak pasti ( Puzzles)
    • di dalam beberapa situasi kita tahu bahawa ada jawapan atau jalan penyelesaian kepada masalah tertentu tetapi kita tidak tahu mana jawapan yang betul.
  6. Dilema
    • situasi dimana amat sukar untuk mencari penyelesaian dan menentukan cara yang terbaik untuk melakukannya.
Penyelesaian Masalah Secara Saintifik Dan Logik.
  • lapan langkah
    1. mendefinisikan masalah.
    2. mengkelaskan masalah.
    3. tentukan objektif.
    4. tentukan ukuran kejayaan.
    5. kutipan data.
    6. membuat keputusan.
    7. melaksanakan keputusan yang diambil.
    8. penilaian.
Penyelesaian Secara Saintifik.
  • menyelesaikan masalah secara saintifik melibatkan proses empirikal induktif seperti berikut:
    1. mengadakan hipotesis
    2. mengumpul maklumat.
    3. membuat kesimpulan.
Penyelesaian Secara Kreatif/lateral
  • tidak bersikap kritikal seperti kaedah logik, kaedah secara kreatif atau lateral lebih suka menunda penilaian tanpa mempedulikan betul atau salah.
  • bukan menganalisis punca sebaliknya mencipta penyelesaian yang dianggap lebih membawa keuntungan.
  • bersifat generatif dan inovatif untuk menerbitkan perubahan demi perubahan itu sendiri tanpa diikat oleh logik sebab-akibat.
Penyelesaian Melalui Perasaan.
    • kebolehan mengetahui emosi sendiri.
    • kebolehan dalam pengurusan emosi.
    • kebolehan meningkatkan motivasi.
    • kebolehan mengenal emosi orang lain.
    • kebolehan menjalin persaudaraan.
  • kebolehan ini dimiliki oleh orang-orang yang berbeza.
  • pendekatan melalui perasaan dalam menyelesaikan masalah sangat bergantung kepada kemahiran seseorang itu mengetahui dan menguruskan emosinya.
Penyelesaian Secara Islam.
  1. pendekatan hukum
    • bersifat rasional dan intelektual.
    • Qat'l - tegas dan jelas.
      • semua hukum yang bersifat qat'l atau putus hendaklah di taati tanpa sebarang soalan dan tanpa perlu berfikir-fikir lagi.
    • ijtihadi - rasional
      • berubah-ubah menurut perubahan masa dan tempat.
      • prinsip paling popular dalam menyelesaikan masalah.
  2. pendekatan Sufi.
    • bersifat moral dan siritual.
    • bersifat lembut dan lunak.
    • memerlukan kefahaman tentang 3 perkara pokok iaitu
      • hakikat masalah.
      • sebab masalah.
      • kaedah penyelesaian
        • berasaskan proses tazkiyyah an-nafs.
          1. dimensi horinzontal
            • pembersihan diri melalui pembersihan diri (Takhalli) dari sifat buruk (mazmumah)
            • menghias diri (tahaffi) dengan sifat-sifat baik (mahmudah.)
          2. dimensi vertikal